Sunday, March 27, 2011

andai dia tahu....


Andainya lelaki tahu.......Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...Andainya lelaki tahu......Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu...Andainya lelaki tahu.......Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..Andainya lelaki tahu.......Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..Andainya lelaki tahu........Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..Andai lelaki tahu..........Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi....Andai lelaki tahu.........Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai...Andai lelaki tahu........Apabila perempuan jarang atau sukar mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya...Andai lelaki tahu........Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata...Andai lelaki tahu.......Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..Andai lelaki tahu........Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat...Andai lelaki tahu......Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda...Andai lelaki tahu......Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

andai dia tahu......




 *quote from sumone..thx

Friday, March 25, 2011

erm....Jumaat.....5.14 petang.....25 Mac 2011

cuaca panas..............minggu lepas penuh hari-hari dengan hujan......dan minggu ini bertukar............

cuaca......perubahan cuaca juga sama dengan perasaan dan sikap manusia........ader hari rase indah sangat-sangat.......ader hari rasa bahagia sangat-sangat.......ader hari rase sunyi........ader hari rase keseorangan.........sikap?.......ader hari rase mcm nk sangat hiburkan orang.....ader hari rase nk buat org tersenyum......ader hari nk buat org ketawa........ader hari nk buat org berasa duka......ader hari nk buat orang rase tersiksa....ader hari nk buat org rase terluka.......perubahan sikap mcm jugak cuaca.....mcm mane kita ramal sekali pun, kadang-kadang bende tu tak seperti yang kita harapkan......dan kesan dari ape yang kita dh buat, selalunya kita akan sedar dan tersentak bile kita turut raser terluka dengan apa yang dah berlaku oleh perbuatan dan perubahan sikap kita..........perubahan yang tak kita duga..........

menyedari erti kehilangan tanpa pernah memiliki..........itu juga sifat manusia...........dan yang lebih menyedihkan lagi jika kita hanya tersedar yang kita telah memiliki selepas kita kehilangan........2 perkara yang aku rase cukup berbeza.....dan yang menyamakan kedua perasaan tersebut cuma 3 huruf yang jarang diaukui manusia...E.G.O............sama ada aku di tempat yang pertama atau kedua, tiada siapa yang mengetahui.......yang aku yakin, nikmat aku aku terima waktu ketika ini cuma sakit.......
..


aku perlu melangkah............jauh dari perasaan yang tak nyata.......jauh dari mimpi-mimpi indah yang aku penah angankan.............berpijak di bumi yang nyata dan menyedari bahawa perasaan indah itu gagal untuk mengagahkan aku terus melakar pelangi indah dikemarau ini....... 







dan di kala ini aku amat merindui seseorang..........orang yang tak pernah aku miliki.........


huhh.....


1st thing in this morning.........ermmm

Ku tetap kan menunggu mu
Walau apa pun berlaku
Ku tetap kan bersama mu
Hanya waktu yang berlalu
Ku impikan dikau selalu
Hanya itu yang ku mampu
Masih terasa sentuhmu
Kapan lagi kan bertemu
Ku berjanji kan selalu
Di sampingmu walau jauh
Jauh ke hujung dunia ini
Ku tetap kan menunggu mu
Jangan bimbang jangan ragu
Kau tetap bintang hatiku
Kekal sehingga akhir hayatku
Ku tetapkan menunggu
Ku tetapkan menunggumu
Ku impikan dikau slalu
hanya itu yang ku mampu
Masih terasa sentuhmu
Kapan lagi kan bertemu














aku tetap menunggu - hady mirza

Thursday, March 17, 2011

tik.............................tik...........................tik...........................(lmbat tul masa berjalan...)

Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita

Berkilau sinar
Maya yang mendera
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Merayu pada yang maha Esa
Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Ku sepi…


 
errmm.....still lagi aku mencari ape makna lagu ni.......sama ader otak aku tgh slow, atau jiwa aku dh tepu sangat-sangat.....

Wednesday, March 16, 2011

ribut..petir...hujan lebat...

erm.....arini.....pagi elok sgt cuaca...tak panas sgt...tak hujan........redup...............dan awan yg td membawa khabar berita gembira buat sang pencari rezeki, tetibe memuntahkan lahar jernihnya beserta petir dan kilat.........aku......ntah kenapa hari ini rase malang sekali.......cuaca yg tadinya ceria bertukar tengkujuh mengundang sekali walang di hati ni..........dan tidak semena-menanya hati ini sakit.........terluka dengan tindakan orang sekeliling aku........terluka dengan keadaan aku.......terluka dengan perasaan aku sendiri......

kenapa manusia menjadi semakin pengecut........pengecut untuk meluahkan isi hati......pengecut untuk berterus terang...pengecut untuk meletakkan diri sendiri di tempat yg sebenar......pengecut untuk menerima hakikat...pengecut untuk membuat keputusan........pengecut untuk menghadapi kesan........dan natijah dr semua itu bkn saja pada diri sendiri, tetapi pada org disekeliling...malahan bisa membunuh hati org disayangi.......meluluhkan segenap perasaan yang kian berbunga...memadamkan niat yg berkobar-kobar.....bisa mencarik angan-angan menjadi debu halus dan lenyap diterbangkan angin......dan aku adalah pengecut dan mangsa si pengecut.......

waktu ketika ini, di saat ini, anganan bukan lagi menjadi peneman setia......kenapa aku harus mencipta anganan jika itu bisa membuatkan aku menjadi seorang pengecut?.......kenapa aku harus mencipta anganan jika aku tahu sakitnya anganan itu bila tercarik bak awan yg dicelah sinaran matahari..........aku pernah dikelilingi insan yang membahagiakan diriku.....meyanyangi diriku.......mengasihi diriku....dan kini insan-insan tersebut melukakan ku tanpa ada kompromi........

pengorbanan bukan suatu keperluan atau kemestian........pengorbanan adalah suatu pengharapan....dan kita akan sentiasa melakukan pengorbanan jika itu yg bisa membuat insan disekeliling kita bahagia....supaya insan sekeliling kita terus tersenyum.....tanpa ada kompromi.......tiada syarat untuk kita melalukan pengorbanan sehinggakan kita rela menggadaikan secebis kasih sayanag yang berbaki untuk diri.........tp kenapa diri ini yang selalu terkorban dengan pengorbanan yang telah dilakukan.....baik keluarga...kawan...mahupun kekasih....dan paling mengecewakan bile kemanisan pengorbanan tu bertahan untuk beberapa ketika.......dan insan-insan disekeliling ku terus melukakan.......tidak memberi peluang untuk aku bernafas....tidak memberi peluang untuk aku melakar segaris pelangi  seindah anganan tadi.....kenapa.....

aku tidak mengharapkan penyudah yang begitu indah.......cukup untuk aku melupakan kepedihan hati yang acap disakiti.............cukup hanya mampu buat aku kembali mengingat ape itu senyum......


dan diri ini akan terus sendiri.........




huhh............






Saturday, March 12, 2011

erm..aktiviti di pagi yang hening

lepas solat kul 6.45 pagi, aku tergerak hati untuk memulakan reading aku kt blog sorang cikgu ni...berbekalkan beberapa coklat TOBLERONE yg aku dpt free kelmarin daripada Mr. Farid Firdaus Abdul Mansur, aku memulakan membaca "Life through My Eyes".....





Blog ini aku kene study utk buat my 3rd lyric......lyric ni aku kene buat sbb utk dijadikan penghargaan kot (aku pun x tau nk guna istilah ape) utk cikgu ni yg akan dijadikan satu icon utk Hari Guru tahun ni.....blog dia dlm English...nasib baik penggunaan grammer dia tak sehebat john travolta punya sajak.....so aku bleh faham la sebijik2 yg dia tulis.....menarik sangat sbb di awal entry dia menceritakan pasal pengalaman dia mengajar math year 1 dia salah sebuah perkampungan di malaysia ni...(tgok bdk2 dia mcm org asli...ermm).....tp aku selutt kt cikgu ni sbb dia pandai mengaplikasikan alam sekitar dan bende2 di sekeliling dia dalam pembelajaran...so, bdk2 ni pun rase seronok la nk belajar.....dari kutip batu tepi sungai, sampai la main nenek-nenek si bongkok 3......semua dikaitkan dengan math.....(tang nenek bongkok 3 tu jgn terkejut kalau ader nenek yang boleh buat kamiran dan pembezaan nnti)......




dan ape yang aku kagum bile membaca, dia siap tulis kan beberapa surat untuk dirinya sendiri...surat tu just untuk remind diri dia ape yg perlu dan ape yg dia dh buat dlm alam pendidikan ni dan kata-kata semangat untuk dirinya dlm menempuh ape saje dugaan yang mendatang........

hopefully aku berjaya  buat lyric pasal mamat ni...agak mencabar gak la sbb previous lyric aku semua ayat syahdu syahdan pak hamdan nye....lyric stok2 rock jiwang 2020 kang.....chaiyok2!!!........ermmm......tp byk jgk yg aku pelajari dari mamat ni....ermmm....so, aku akan terus membaca dan terus membaca blog dia utk bekalan aku mengajar student aku nnti supaya aku lebih kreatiif, inovatif, dan aktif.....huaaa........(layan lagu Hanyut- Faizal Tahir............tetibe je.....)


p/s : lagu ini tiada kaitan langsung dgn mamat cemerlang ni yer........

bersiap utk berjuang....(tution @lavender, im comingggg!!.............)

Wednesday, March 9, 2011

kelas math form 2

ermm....baru balik dari ngajo bdk tution kt Panchor.....subjek kegemaran aku, Math......huhuh...tp mase degree dulu, aku siap mintak pengecualian lg subjek Calculus....1st sbb aku dh blajo time diploma aritu, 2nd sebab aku geli tengok cacing yg banyak2 tu especially bab pengamiran....kelas plak mcm tin sardin...penuh yg amat.....bile permohonan pengecualian Calculus diluluskan oleh pihak fakulti, aku rase mcm nk buat kenduri 3 hari 3 mlm je,.....punya la happy sbb tak payah berhimpit dlm kelas a.k.a tin sardin tu (tanya pojie kalau tak caye.......kan pojie kan kan kan...), dan tak perlu lg bawak buku calculus yg mcm kitab peradapan dunia ...huhhh


so, arini masuk bab algebraic expression II...huhu....subjek feveret ni......dh start last week so far, bdk ok.....mlm ni masuk sub topik simplify dgn evaluate........ermmm......simplify senang je....bg 1 expression, then susun ikut unknown, then selesaikan yg mane perlu selesaikan.......bg 10 soklan.... tu pun mkn sengah jam nk settle.....aku pun tak tahu nape mlm ni bdk2 ni blurr.......dh terang byk kali, pun buat silap lagi.....bile tanya semua faham......huhu......aku ader gak pandang sorang budak laki ni......keje dia asyik memandang aku jee...seram gak tgok cara dia pandang.......bile tanya ader soklan, siap buat muka daring kt aku.....adoiii...kuatkan la imann.......



gambar hiasan
then aku proceed subtopic evaluate plak....pun same gak mcm td..... boleh buat, tp bile semak jawapn, ntah rumus ape diaorg guna, byk silappp......cmne ek aku nk ajar lg......so, aku memperlahan kan gear pengajaran aku....maybe aku terlalu cpt sgt kot.......keluar la words keramat aku......'SAYANG'. 'INTAN PAYUNG', ' EMAS BELIAN', 'BIJIH TIMAH'.......ermmm...takpe...belai2 bdk2 ni dulu....aku faham sgt la bdk lelaki zaman skng, tak puas bermanja dgn mak bapak......so, time ni la diaorg pk diaorg nk perhatian......dalam hati aku, kalau lepas aku belai2 ni pun  x mkn saman, tunggu la next cara aku guna pasni.......sabar sue...sabar.......dan sbb aku minat mengajar lah, aku bleh tahan dengan situasi mcm ni.......aku dibayar gaji utk diaorg faham......so, buat jela ape yg sepatutnya even terpakse buat kelas tak berbayar sekali pun......mcm sorang bdk nama AZIM ni......thn lepas mase exam dpt 10%...huhu...terkezuit den.....tp alhamdulillah, lepas tution ni, test aritu dia dpt 92%......happy gile aku........yess!!!!



so, utk buat korang lg faham,  hangpa buat latihan yg berduyun ni......
next week aku buat test!!!!......

kisah seorang penganggur : Aktiviti 4 : fasa bz yg amat

erm......dah lame tak jenguk blog ni...rindu plak nk mencoret balik.....lately ni amatla sibuk mengalahkan D.O gamaknye....gi interview kt Shah alam dgn Kelana Jaya, gi opis kt Pilah, settlekan report ngajar tution, siapkan 2nd lyric, siapkan layout opis tution yg baru, siapkan flyers kelas seni....tu blum lg tugas aku sebagai pre-house wife.....huhu......sampai kekadang tak tahu nk start mane dulu....tp, akhirnya, alhamdulillah, aku dapat gak menempuh seminggu ni dengan jayanya.......banyak kesimpulan yang aku dpt after kisah2 yg aku lalui dlm seminggu ni......

erm....tak terkecuali pasal Kerajaan nk tarik balik surat penggantungan cikgu sandaran utk kembali ngajar kt sekolah2....malas aku nk pk helah2 politik ni...mentang2 la nk pilihanraya, bnde yg tak masuk akal, bnde tu la dia nk jadikan isu.....dah sah-sah la guru dh terlebih skng.....mane nk pakai cikgu sandaran lagi....ape dia nk cikgu sandaran ni jaga stor sukan? jadi makcik cleaner kantin? jadi peneman pak guard? dari tahun lepas lgi dia ckp cmtu, tp ham pehhhh!!  ermm......ni semua membuatkan aku bertambah mls nk daftar mengundi.....(kantoi...syyyhh,.....)


since cik farah dpt naik pangkat menjadi siketari Pusat Tusyen Mawar ni, aku dh kekurangan masa utk bersosial...huhu...takde geng nk main kejar2...main baling seliper, main tutup botol, main rounders dah......so aku bersosial je la dgn anak buah aku yg montel kt umah....(tak advanture tul...) adoiiiiii.........

to mizs farah : jgn marah tau gmbar yg kgt bwh ni......takde niat nk amik pic ni mase u tgh mengular.....



sakit pinggang........sambung next entry.......huhu......


D'Masiv-Cinta Ini Membunuhku Cover

.....kau membuat....ku berantakan...
kau membuat...ku tak keruan...
kau membuat..ku tak berdaya...
kau menolak ku...acuhkan diriku...

bagaimana...caranya untuk....
meruntuhkan ..kerasnya hatimu..
ku sedari..ku tak berdaya...
ku tak seperti.....yang kau inginkan...

kau hancurkan aku dengan sikapmu...
tak sedarkah kau telah menyakitiku...
lelah hati ini meyakinkanmu...
cinta ini...membunuhku.......

erm........