Saturday, June 11, 2011

Hi-Coffee bersama M.Daud Kilau....

erm....pukul 1.45pm, aku dh rushing bersiap utk menemani kak hanis pegi hi-tea  @ Hotel Royal Bintang, Seremban.....cardigan hitam, blouse biru, slack grey, tudung corak2.....jadila....tema nk warne royal Blue...mengada tul...kesian kt kak hanis la aku pi melilau cari baru warne biru royal kt JJ semlm....naseb jumpe.....make-up ala kadar....aku bkn geti mekup pun...bedak, eye shadow, celak, siap!!!! lipstick??? tibai kak hanis punye...ngeh ngeh ngeh....


setibanya di royal bintang, aku dgn kak hanis berjalan la masuk ball room dia..(yela, takkan nk berguling plak kan..)...mmg agak terkejut la aku nengok dress-up masing2....mengalah dinner secretary day jer....yang tua bangka, yang muda-mudi, tak ketinggalan memperagakan fesyen masing2..aku selamber je..simple gile....yela, aku cuma temankan kak hanis je...oh, yer....hi-tea ni sbenarnya utk ahli2 satu produk kecantikan di Malaya ni...erm..kire MLM jgk la...aku dh sound awal2 dgn kak hanis, aku pi teman mkn je, bkn pi teman downline....MLM bkn dlm kitab hidup aku...PANGKAH MLM!!!!


P/S : sekadar iklan.....



huhu...masuk je ball room, aku trus duduk..melihat karenah mak2 tak beraper nk datin ni bersosial...adeiiii...kelakar pun ader....sok2, mintak2 la aku tak terpikir nk jd mcm tu....(astagaa..)....huhh...terperanjat bangat tetibe M.DAUD KILAU melaung, sebagai pembuka acara...aku tak suspek pun pakcik ni perform arini...tp mmg bes pakcik ni...even dh 72 thn, maintain gagah...kuat lagi bergelek..suare dia???  jgn ckp...mmg power habesss...dan paling mengagumkan aku pakcik ni bleh pakai baju 4 lapes plus berlabuci meriah berbagai.......dia bleh bukak satu persatu ikut turutan lagu...gilee laaa....tabik springg tayar 16 inci kat pakcik!!!!!!




huhu....masa aku tengah kusyuk menonton persembahan pakcik M.Daud Kilau, tanpa aku sedari aku diperhatikan....adeiii...mamat dpn meja aku ni apesal la pandang2....kot ye aku ni comot, pandang sekali, kutuk sket2 dh la....tp byk kali jgk la aku bertentangan mata dgn dia...(seiring lagu M.Daud Kilau gitu...)so, aku buat tak tau jela....mls nk layan perasan skng ni....erm....so, aku menikmati hidangan hi-tea time tu dgn perasaan yg hiba kerana gigi aku sakit tak dan2...2 kali tergigit pipi....bile la gigi aku ni nk tumbuh full....seksa!!!!!!!.....kami didendangkan pula dengan nyanyian Aisyah...mmg bes gile suare dia....lagu2 dia yg aku selalu karoks dgn kak hanis or farah kt city idol senawang tu....mmg syok nyanyi key tinggi2....aku sorang bleh buat, sbb suare aku ala-ala halilintar kekadang....bleh pekak kalau terkeluar tang halilintar tu...so far, semua student aku blum hantar surat saman or claim ubat gegendang tinge pecah kt aku lgi...alhamdulillah...



so, masa yg dinantikan...BALIK!!!!...tak sabar aku nk balik....sakit pinggang...sakit mata...sakit gigi....smbil menantikan kak hanis snapping picture a.k.a photogedik (bak kata bf dia), aku terpacak la kt luar ball room tu...dan tanpa aku duga, mamat yang sibuk mengusya aku td, berlalu di hadapan aku dgn penuh macho nya, menoleh ke arah aku dan memberikan satu senyuman yang paling menggugat keimanan aku sebagai seorang wanita....adeiii....sakit...trus tersusuk kt hati comel aku ni....sayang sekali perasaan itu gagal utk bertahan lama apabila aku memandang tepat ke jari manis aku............
huhh....kita memang tidak ditakdirkan bersama....
aku redha...........




p/s : tak dpt nk tengok tv, sbb mak tgh kusyuk tengok bola....adeeiiiiii

aku ingin lupa.....

MELANKOLIA......
seorang insan pernah bertanya, kenapa aku rela hidup aku diselubungi "anugerah" itu.....ermm.....aku pun tak tahu kenapa....adeiii.....yang pastinya aku sungguh menyenangi dan menyanyangi hati itu walaupun ia banyak melukakan dari membahagiakan.....memberi harapan semudah melihat bintang di langit...dan aku sedar, melaksanakan harapan itu sesukar memeluk bulan dalam dakapan.....


Hatinya beku...aku tahu....Hatinya kaku...aku tahu.....Hatinya sudah mati...aku juga tahu.....namun hati ini teguh menanti.....sudah terbiasa mengharapkan kisah yang mustahil untuk aku sudahkan.....RED....bukan semua hati mampu menerima kesakitan itu.....aku telahpun lemah....telahpun tewas menantikan penyudah yg sempurna antara kita....aku pasti.....impian itu tak mungkin terampai dlm benak kamu......insan itu bukan aku.....atau mungkin ada jiwa yg telah diami hati kamu yang gagal untuk melepaskan kamu pergi....tapi aku keliru...tulus sungguh cinta itu hingga tega membiarkan hati kamu menyakiti hati-hati lain....aku tidak terkecuali............terima kasih untuk detik-detik yang berlalu tanpa berbaki untuk menemani aku disini....


Friday, June 10, 2011

aku kembali....sedar akan sesuatu....

ermm...tajuk mcm dh lame melarikan diri...yupp.....aku melarikan diri dari kesakitan yg aku cipta sendiri.....dlm tempoh "hibernasi" aku ni, byk bnde aku belajar....belajar menilai kesakitan yang ditinggalkan oleh org yg kita syg....belajar menilai kesakitan yang dititipkan utk org yg kita pernah syg...aku sedar aku kejam....pernah aku menyakiti org yg berkurun menyanyangi aku....menerima keadaan aku tanpa ader kompromi....menerima kekurangan aku tanpa bersyarat.....


kenapa aku tega melukakan hati secebis itu demi mengharapkan kesempurnaan yang tidak layak aku miliki.....aku buta.....lupa.....secebis hati itu suci...tulus..........baru kini aku menyedari kewujudan hati itu.....dan kini hati itu sudah pun selesa tanpa menanti hati aku lg......Mr.Wong......moga "hati  itu" layak utk menyatu cebisan hati kamu...aku minta maaf....dan kini aku pasti hati aku ini tak mampu utk menjadi pelengkap cebisan itu.....ada yang lebih layak.....dan saat aku melihat 2 hati itu bersatu, aku gembira....walau ada sedikit luka kerana mempersendakan kasih yg pernah hadir dulu...huh....ada lagi insan peneman aku bermain buaian pukul 11.00 mlm??? hanya kamuuu.........


Thursday, April 14, 2011

akhir cerita cinta........




......its end....dan ia kan terus menangis.....

Sunday, April 10, 2011

10 April 2010

sebulan berlalu......dan pada hari ini aku rasa amat lemah.......hampir tewas berperang dengan perasaan aku sendiri.....perasaaan yang sepatutnya memberikan aku kekutan utk meneruskan hidup...perasaan yang membolehkan hati aku buka utk menerima satu jasad lain dlm hidup aku selepas kukuh tertutup selama 2 thn.....perasaan yang aku percaya mampu membawa aku keluar dari gaung kelukaan yg telah lama aku inap......perasaan dimana aku bisa melaksanakan ape yang telah aku mimpikan sebelum ni........tp aku gagal.....kalah dengan kepastian yang tidak benar sama sekali......aku silap......perasaan indah itu membunuh aku sedikit demi sedikit.......kini aku kembali seperti keadaan aku dihumban dalam gaung itu 2 thn lepas.......kenapa hati amat mudah untuk memberi harapan?......kenapa hati amat mudah untuk mentafsir kesimpulan yang tidak benar sama sekali......

belum sempat aku berjuang, aku tewas..........hati ini tidak diberikan kesempatan......hati ini tidak diberikan peluang......aku yakin aku mampu menjaga hati itu......aku yakin aku mampu melindungi hati itu........namun hati aku telah pun dibunuh dengan harapan yang diberikan tanpa sedar......hati aku mati dan terjatuh sekali lagi kedalam gaung anganan yang telah kita ciptakan......indah perasaan itu......mengenali dirimu di alam tidak nyata amat indah........tp aku terlupa ia adalah cuma satu episod penyedap cerita......aku lupa ia cuma satu mimpi yang akan hilang bila kita terjaga......dan kenapa hati aku kuat untuk menjadikannya kenyataan sebelum aku pasti hati itu ditakdirkan untuk aku.........


yang pastinya, apa yang ada dalam hidup ku kini cuma tinggal cebisan kenangan yang amat melukakan  bersama harapan yang yang semakin pudar.........

berikanlah cinta ini peluang wahai hati.............walau cuma untuk sekali............




tp kenapa hati ini tetap kuat untuk menunggu......
kenapa hati ini amat yakin bahawa 'itu' adalah 'syurga' yg ditakdirkan utk aku..................




 



~currypuff~broga hill~solid white~soft turqoise~guitar~snow~china....................aku rindu.....amat rindu....FFAM

Sunday, March 27, 2011

andai dia tahu....


Andainya lelaki tahu.......Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...Andainya lelaki tahu......Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu...Andainya lelaki tahu.......Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..Andainya lelaki tahu.......Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..Andainya lelaki tahu........Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..Andai lelaki tahu..........Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi....Andai lelaki tahu.........Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai...Andai lelaki tahu........Apabila perempuan jarang atau sukar mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya...Andai lelaki tahu........Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata...Andai lelaki tahu.......Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..Andai lelaki tahu........Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat...Andai lelaki tahu......Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda...Andai lelaki tahu......Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

andai dia tahu......




 *quote from sumone..thx

Friday, March 25, 2011

erm....Jumaat.....5.14 petang.....25 Mac 2011

cuaca panas..............minggu lepas penuh hari-hari dengan hujan......dan minggu ini bertukar............

cuaca......perubahan cuaca juga sama dengan perasaan dan sikap manusia........ader hari rase indah sangat-sangat.......ader hari rasa bahagia sangat-sangat.......ader hari rase sunyi........ader hari rase keseorangan.........sikap?.......ader hari rase mcm nk sangat hiburkan orang.....ader hari rase nk buat org tersenyum......ader hari nk buat org ketawa........ader hari nk buat org berasa duka......ader hari nk buat orang rase tersiksa....ader hari nk buat org rase terluka.......perubahan sikap mcm jugak cuaca.....mcm mane kita ramal sekali pun, kadang-kadang bende tu tak seperti yang kita harapkan......dan kesan dari ape yang kita dh buat, selalunya kita akan sedar dan tersentak bile kita turut raser terluka dengan apa yang dah berlaku oleh perbuatan dan perubahan sikap kita..........perubahan yang tak kita duga..........

menyedari erti kehilangan tanpa pernah memiliki..........itu juga sifat manusia...........dan yang lebih menyedihkan lagi jika kita hanya tersedar yang kita telah memiliki selepas kita kehilangan........2 perkara yang aku rase cukup berbeza.....dan yang menyamakan kedua perasaan tersebut cuma 3 huruf yang jarang diaukui manusia...E.G.O............sama ada aku di tempat yang pertama atau kedua, tiada siapa yang mengetahui.......yang aku yakin, nikmat aku aku terima waktu ketika ini cuma sakit.......
..


aku perlu melangkah............jauh dari perasaan yang tak nyata.......jauh dari mimpi-mimpi indah yang aku penah angankan.............berpijak di bumi yang nyata dan menyedari bahawa perasaan indah itu gagal untuk mengagahkan aku terus melakar pelangi indah dikemarau ini....... 







dan di kala ini aku amat merindui seseorang..........orang yang tak pernah aku miliki.........


huhh.....