Wednesday, February 16, 2011

kisah seorang penganggur : Aktiviti 1 : Jogging...(a.k.a penipiskan lapisan lemak)

ahakss....tengok tajuk pun dh tau aku ni still lagi menganggur.......so, kali ini aku nk ceritakan sedikit aktiviti harian aku yang meungkin agak sama dengan insan2 yang sejawatan dengan aku......huaa.....

ermm...bangun...agak2 kul bape korang rase?? 10?...11?... 12?.....huhuhu..silap sama sekali...kalau aku bangun pagi time2 macam tu, alamak aku akan tido di atas tilam air mlm kang....(free2 je kene jirus dgn air oleh pegawai bomba x bertauliah...jgn main2).....kalau tak pun, akan ader bunyi ambulan depan umah aku..kot2 la mak aku panic tengok aku tak bangun2......(erm..tu dah kasar sgt gak..)...so, sebelum Radio Malaysia Senawang berkumandang, aku gagahkan diri bangun kul 6.30, solat subuh....kadang-kadang kalau ngantuk sgt, aku tido sebarang 20-30 minit dengan memakai kain telekung...wahhh...mesti mak sejuk mata tengok anak dia tido dengan penuh beriman......ahakss...

hehe..so..after that..kalau aku rajin, mlm tu aku akan setting appoinment dengan rakan sejawat dgn ku, CIK FARAH...huhu...nasib ko tinggal blkng umah aku je.....so, dengan makcik ni la, kitaorg selalu buat aktiviti bersama dan kebiasaannya kitaorg akan berjogging.....carik port bes2...(yang boleh cuci mata dlm satu masa selain mengeluarkan lemak2 tepu kt bdn kitaorg..) gateyyyy....huhu...xpe, x salah pun...bkn aku pi tgok org bogel pun kan.....cuci mata tgok mamat2 hensem dan gagah jogging jer...dan biasenye yang akan jogging pagi2 ni adalah pakcik2 CEO, Manager dan pakguard2 yg jaga taman.......ermm......tak byk boleh dilakukan apabila bertembung dengan pakcik2 CEO ni selain cover cara kitaorg berlari sambil buat2 berborak tentang susah nk dpt kje, borak bnde mendatangkan pekdah dengan harapan pakcik CEO ni akan terpegun dan mengoffer kitaorg jd menantu dia....huaa.....(berangan kuattt!!!)......huhu..tu pun kalau kitaorg pi jogging kt Taman Tasik Seremban tu.....nk dijadikan cite, kemarin aku rase malas sangat nak drive (selain faktor kekurengan kewangan menopap minyak kete) , aku ajaklah Cik Farah ni gi jogging kt Dataran Senawang, duit minyak pun bleh save..hehehe...






huhu..kuar umah kul 7pg, then kitaorg gerak dari umah.....smpai dataran senawang, sejuk gile...berangin gile pagi tu...pk2 jgk, cmne nk kuar peluh bile berangin cmni,....mau aku kene berlari 3 round baru kuar peluh ni...ermm....ALAMAK, ANJING???........bab ni yang aku popia skit.....mau kitaorg kene kejar dek anjing ni kang...huhu..bace doa byk2 supaya Tuhan mengaburi mata anjing tersebut utk tidak nampak kitaorg yg cun ni....amin...Tuhan mengabulkan doa kitaorg, so dapatla kitaorg berjogging dengan rase selamatnye...yess!


ermm......cukup 1 round, aku ajak Cik Farah ni balik..(berangan nk lari 3 round kunun)......nak tau sebab ape???...hehehe...perut dh minatk nasi lemakk....huaa......tp kene cover la takut kene maki dek Cik Farah ni nnti..........on de way nk balik umah , kitaorg singgah la playground...dh lame nk main mende alah ni, kalau dtg ptg, sure2 la aku hanya mmpu menonton bdk2 nakal main kt situ...so, pgi tu  kitaorg lepas giannnnn........





huhu.....so...to be continue.....

Thursday, February 10, 2011

Story for Today

.........
ape yang membuatkan aku sedar.....ape yg membuatkan aku harus berpijak kt based yg nyata.........dan aku harus tahu, cinta tu memang sukar untuk dimiliki.....semakin jauh kita mengejar cinta, semakin jauh ia meninggalkan kita.....semakin dalam harapan kita, sedalam itu lah luka yang akan kita tanggung akibatnya.........semakin tinggi impian kita untuk mendapatkan cinta, semakin tinggi la kita akan jatuh jika kita gagal menggapainya....atas apa pun situasi, aku dah tempuh semua itu.......dari cinta yang nyata, sampai la cinta yang penuh dusta.......hati aku ni dh lali dengan setiap kesan akibat dari cinta........pengalaman membuatkan aku semakin kuat, sepatutnya ia akan terjadi macam tu......tapi, hati aku menyangkal sebaliknya.....hati ini rapuh......amat rapuh sehingga mudah sekali untuk menyanyangi insan lain yang tidak wujud.....mengasihi hati yang belum tentu mampu untuk memberikan sebagaimana yang hati aku telah berikan..............tidak serik agaknya hati ini untuk terus dikecewakan lagi.......


to

    Mr. W  : hati ini tak mampu untuk menoleh lagi.....takkan ada perasaan seperti waktu ketika dulu......hati ini sedar ia adalah pengakhiran cinta yang zalim....tetapi, 5 tahun lalu adalah penamat.............


    Mr. E   : cinta yang diberikan begitu agung.....terlalu teguh....sehingga diri ini lupa akan kekurangan yang ada.....tp hati ini yang goyah.......relakanlah hati ini pergi sekurangnya untuk mengizinkan cinta yang benar hadir untuk melengkapi kesempurnaan cinta itu.....

and..


  to Mr. A : hati ini sedar.....hati ini sudah boleh melihat hakikat yang tidak akan ada pengakhiran yang indah untuk hati ini kelak......hati ini akan pergi kerana tidak sanggup lagi untuk mengharap epilog cinta yang tak nyata.......ketidakwujudan hati kamu hadir sebelum ini telah berjaya buat hati ini tewasssss.....dan hati ini tak mampu untuk jatuh setinggi itu sekali lagi walau harapan palsu itu membuat hati ini bahagia.....




  dan,  kini aku sendiri......sekali lagi....

Tuesday, February 8, 2011

Wahh...Jiwang sudah...


You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you

You came along just like a song
And brighten my day
Who would of believed that you where part of a dream
Now it all seems light years away

And now you know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when your sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile

Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I'm finding it hard leaving your love behind me

And you see I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel glad when you're glad
I feel sad when you're sad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you



hehe...lagu ni....hari ini aku rase dah lebih 20 kali aku dengar....lagu ni bes sangat aku rase..1st time dengar mase aku tengok muvie HellBoy bab makhluk ikan tu tengah angau dengan Puteri Albino mane ntah....ader banyak versi lagu ni...paling bes aku rase bile si pakcik Barry Manilow nyanyi lagu ni...klasik gilee.........somebody bagi lagu sweet ni kat aku malam td...huhuhu...Thanks to Mr.Adha (bkn nama sebenar) sebab bagi lagu yg mengusik kalbu ni kat aku.....nk dijadikan cite aku tak kenal pun sebenarnya dia ni..........aku rase senang dengan dia....happy gile bile chat....tp, kene la redha kot2 dia ni dh ader bini berape, anak berderet ......huhu......p/s : En.Adha, jgn mainkan perasaan i, key....* bleh gituu??  haha.......perasan tullll



ermm......tapi bile dia bg aku lagu sweet ni, tetibe jer aku melt...huaa.....dh 2 tahun beb xde bf...dulu ex-bf aku rajin gak nyanyi2 untuk aku time dating kat Tanjung Gila, Klang dulu2....selalu nyanyikan lagu kumpulan Dewa kt telinga aku ni sambil melihat keindahan pantai dan mengira kapal laut yang lalu-lalang ditemani dengan sinaran matahari terbenam.....bes bangat.....

ermm....tapi tu dulu beb, zaman jahiliah....mamat tu dah berbini dan agaknya tengah menyanyikan lagu kumpulan Lucky-Lucky (Aku Bukan Superman) untuk anak-anak dia sekarang.............


...aku pasrah.....

thats called FATE..





♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

p/s : qoute form someone in FB.....thx fren


~ALLAH knows BESt!~♥

JANGANNN....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.  



Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.




Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.




Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).




Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.





Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.





Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.




Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.




Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.




Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.




Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.




Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.    

Nanti       kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.




Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.




Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.




Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.





Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.





Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.




ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.



P/S : KREDIT TO FARA FADZIL and THE GENG sbb dh forward kan nasihat yg berguna ini utk aku.......dan aku post kt blog ni untuk renungan khalifah yg lain.......insyaAllah

Sunday, February 6, 2011

IBU MERTUA KACAU BERBULAN MADU?

ROME: Seorang wanita Itali memfailkan perceraian sebulan selepas berkahwin gara-gara suaminya membawa ibu ketika berbulan madu.

Agensi berita ANSA melaporkan, wanita berusia 36 tahun itu bercuti bersama suaminya ke Perancis pada Disember lalu.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila percutian itu turut membabitkan ibu mentuanya.

ANSA melaporkan, wanita terbabit terperanjat menemui ibu mentuanya di Lapangan Terbang Fiumicino dua hari selepas berkahwin.

Apabila perkara itu diadukan kepada suaminya, lelaki berkenaan mendakwa dia tidak boleh meninggalkan ibunya sendirian atas faktor kesihatan. - AFP

komen sy : ermmm....kalau dh keadaan darurat (mak tgh sakit), elok la bwak sekali kot....bukan selalu bawak dia jenjalan....tapi, ader mertua yang sengaja buat alasan sakit, sebab nak tengok sejauh mane bini baru anak dia tu treat anak dia lepas kawen...ader gak jenis mertua yg jeles...yela, anak laki dh ader pompuan lain dalam hidup dia selain mak dia...ni mesti kes anak lelaki duk bwh ketiak mak 24 jam...ermmm....tapi, takkan sampai kene mintak cerai beb.....


minggu yang kacau bilau.......

ermm...sori sangat.....baru hari ni rase nak tulis kt blog ni....minggu ni agak tension sikit.....dgn tution...carik keje...settle kan keje company skit....kisah kene kawen pakse lagi.....ermmm.....


so....alhamdulillah, aku rase aku dh berjaya settlekan satu persatu masalah aku......pasal tution, biase la..budak-budak dh nk start exam bulanan, so kene prepare soklan yg mencabar kt diaorg selain ngajar student-student aku yg agak slow skit.....takpe...tugas aku mmg untuk tolong diaorang pun....kesian kat diaorang...datang tution sebab nk dpt result bagus......itu tanggungjawab aku untuk tolong diaorang...the rest, keje Tuhan.....sebagai hamba, kene redha la dengan apa yg telah ditetapka olehNya...


 
keje....ermm...sampai sekarang, belum ader perkembangan.....masa nilah, aku rase menyesal sangat sebab tak kumpul duit banyak mase keje aritu.....kalau tak, aku tak rase suffer sangat skang.....nk kuar umah pun , kene pikir 10 kali....minyak...tol....mkn...minum....jajan...ermm....ermm...tengok jela sama ada aku boleh survive atau tak berbekalkan duit gaji tution yang aku terima RM450 aritu.....(macam tak boleh je....)...time ni kuar lagu Maher Zain-InsyaAllah......*dan-dan je......

Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way


company.....so far, kitaorang berusaha untuk jayakan ape yang kitaorang plan sikit-sikit.....kayuh pelan-pelan, bak kata omputeh...selagi ader kekuatan abang Bob dan kak Ili yang bersemangat untuk jayakan company ni, aku akan berusaha untuk terus kuat untuk merealisasikan impian diaorang....(*time ni kuar pulak lagu Adira-Aku ada Kamu.......)...........

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


next......ermm...kisah kawen pakse..........tang ni aku rase shaking nk cite.....ermm.....yup...umo aku tahun ni masuk 27.....mak aku dah start menyuarakan keinginan dia untuk menerim
a orang baru dalam family aku....tp aku mane la prepare lagi.....keje pun xde, rupe pun lebih kurang....harta??? lappy khazanah negara ni la yang aku ader.....orang lelaki zaman sekarang, semua nk carik yang stok-stok ayu raudhah, tiz zaqiah, scha alyahya.....so, tinggallah orang yg macam aku ni hah.......(*nasib tak kuar lagu Waliband-Carik Jodoh...kalau tak, ader yg kene baling dengan senduk ajaib ni....{nmpak sangat tengah membloging kat dapur smabil masak.....huaa}).......makcik aku ckp ader orang menyuarakan niat untuk kenal dengan aku......mak plak cakap suh aku kenal-kenal dulu dengan mamat tu.....ermm....then plus, kalau mak setuju, dengan secara terpaksenya, aku pun kene setuju gak.....ape niiii??????...ingat ni cite Dilwale Durhania Ley Jeyangge *hentam sajalahh labuuu.....adoi...memang betul-betul ganggu ketenteraman jiwa ni.....memang aku berazam nak kawen tahun ni, tp takdela sedrastik ni.....perkataan PAKSE tu yang membuat aku seriau.....*macam tengok cite sundel bulong gitu.......memang betul orang cakap, restu orang tua lagi penting, tapi bagi aku tak semestinya aku kene ikut jodoh yang mak aku or sape-sape carikkan.....ni hati aku beb.....aku yang kene hidup dengan orang 'tu'......so, kesimpulannya, 'SAYA BANGKANG, YANG ARIF'.......aku menjalankan konfrontasi dengan mak aku......hehehe....so, kemarin......masalah ni dah settle selepas berlaku beberapa perkara yang aku tak bleh siarkan dalam blog ni atas faktor-faktor keselamatan.....hehehe......lega nooo...



kepada mak : bukan orang (aku) x nk nikah, kalau bleh biarla orang cari sumbody yang betul-betul boleh menerima kekurangan dan kelebihan anak mu ini tanpa sebarang konfrontasi....seseorang yang boleh bimbing anak mu ini dengan jalan yang sepatutnya...melindungi anakmu ini supaya anak mu ini berasa selamat.....mengasihi anak mu ini seperti mana kasihnya mak dan abah terhadap diri anakmu ini sejak orang keluar melihat dunia ni hingga kini......seseorang yang mampu memberikan cinta sepenuh hatinya tanpa sebarang pengaruh dari ape sudut sekali pun selain terzahir dari hatinya sendiri.........ermmm......