Sunday, February 6, 2011

IBU MERTUA KACAU BERBULAN MADU?

ROME: Seorang wanita Itali memfailkan perceraian sebulan selepas berkahwin gara-gara suaminya membawa ibu ketika berbulan madu.

Agensi berita ANSA melaporkan, wanita berusia 36 tahun itu bercuti bersama suaminya ke Perancis pada Disember lalu.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila percutian itu turut membabitkan ibu mentuanya.

ANSA melaporkan, wanita terbabit terperanjat menemui ibu mentuanya di Lapangan Terbang Fiumicino dua hari selepas berkahwin.

Apabila perkara itu diadukan kepada suaminya, lelaki berkenaan mendakwa dia tidak boleh meninggalkan ibunya sendirian atas faktor kesihatan. - AFP

komen sy : ermmm....kalau dh keadaan darurat (mak tgh sakit), elok la bwak sekali kot....bukan selalu bawak dia jenjalan....tapi, ader mertua yang sengaja buat alasan sakit, sebab nak tengok sejauh mane bini baru anak dia tu treat anak dia lepas kawen...ader gak jenis mertua yg jeles...yela, anak laki dh ader pompuan lain dalam hidup dia selain mak dia...ni mesti kes anak lelaki duk bwh ketiak mak 24 jam...ermmm....tapi, takkan sampai kene mintak cerai beb.....


0 comments:

Post a Comment